Saturday 22 December 2012

12 Fakta tentang negara JEPUN






1. Di Jepun, angka “4″ dan “9″ tidak disukai, sehinggakan tiada bilik bernombor “4″ dan “9″.Angka “4″ yang berbunyi “shi” yang sama bunyinya dengan maksud “mati”, dan “9″ dibaca sebagai “ku”, yang sama bunyinya dengan “kurushii / sengsara.Tetapi  orang jepun menyukai angka “8″. Harga-harga barang kebanyakan dibundarkan kepada “8″. Susu misalnya 198 yen.

2. Kalau musim panas, siaran TV di Jepun selalu menyiarkan hal-hal yang seram  dan menakutkan(Contoh nya Cite2 hantu).


3. Cara bacaan tulisan Jepun ada dua style : Yang pertama ialah yang sama dengan buku berhuruf Roman alphabet.Kandungan dibaca dari atas ke bawah, dan yang kedua kandungan buku dibaca dari kanan ke kiri.

 4.Orang jepun jarang menggunakan tandatangan untuk  keperluan formal seperti menandatangan dokumen2.Tandatangan biasanya di gantikan dengan  hanko/cop. Jenis hanko@cop di Jepun ada banyak jenis.Sebagai contoh  jitsu-in, ginko-in, dan mitome-in. Jadi seorang kadangkala memiliki beberapa jenis cop, untuk berbagai keperluan. Jitsu-in adalah cop yang dipakai untuk keperluan yang sangat penting, seperti membeli rumah, membeli kereta,ataupun sebagai cop penjamin. Ginko-in pula adalah jenis cop yang dipakai secara khusus untuk membuat akaun bank. Cop ini mesti di daftar di bank. Mitome-in dipakai untuk keperluan seharian dan tidak perlu didaftarkan.

5. Siaran TV di Jepun didominasi oleh siaran masakan.

6. Fotostate@fotocopy di Jepun adalah secara self-service, sedangkan di Malaysia kita di-service kan.Siap bayar seposen sekeping.

7. Jika anda menaiki teksi di Jepun, pintu dibuka dan ditutup oleh pemandu. Penumpang dilarang membuka dan menutupnya sendiri.

8.Jika anda naik escalator@tangga lif di Tokyo, anda harus berdiri di sebelah kiri kerana sebelah kanan adalah untuk orang yang kesuntukan masa. Jangan sekali-kali berdiri di kanan kerana kita gerenti xkan dapat naik punye.

9. Jangan sesekali anda bercakap dengan mereka begini : “Saya pergi ke rumah nanti”. Kerana di sana ia di anggap sebagai kurang sopan. Cuma pergi ke rumahnya jika anda dijemput.

10. “Aishiteru” yang bermaksud I love you, jarang di ucapkan pasangan kekasih di sana, kecuali jika mereka sudah mau berkahwin. Biasanya mereka menggunakan ayat “Daisuke desu” untuk mengucapkan sayang kepada pasangan mereka.

11. Bunga sakura adalah bunga yang istimewa di Jepun, kerana sakura hanya berbunga 2 minggu sahaja dalam setahun. Ketika berbunga, bunganya akan memenuhi keseluruhan pohon, tanpa daun. Setelah 2 minggu bunga sakura akan gugur,dan yang tinggal hanyalah daun-daun hijau, tanpa bunga.

12. Orang Jepun tidak mempercayai  Tuhan (mayoritas atheis), tapi mereka boleh mendisiplinkan diri mereka dengan peraturan. Mungkin kerana negara mereka maju.

No comments:

Post a Comment