Bagi
pasangan bercinta atau yang dah berkahwin, tentunya kita mahukan
pasangan yang betul-betul menghargai kita. Pasangan istimewa adalah yang
memahami kita hampir seluruh dari segi aspek seperti emosi, perangai,
sikap, perwatakan, penampilan dan sebagainya.
Tapi kadang-kadang kita jarang mengetahui hakikat sebenar dalam diri
kita dan pasangan kita, adakah kita faham si dia? Adakah kita faham diri
kita? Yang paling penting dalam percintaan adalah, adakah si dia
benar-benar mencintai kita, di bawahini, saya ingin berkongsi sedikit
antara bagaimana mahu menguji pasangan kita, sama ada si dia benar-benar
cintakan kita. Ujian ini hanyalah kecil sahaja dan mungkin semua orang
tidak mahu mempraktikkan.
1. Mula Dengan Melihat Tingkah Laku Si Dia
Banyak perkara yang boleh anda perhatikan pada si dia untuk anda
mengetahui perasaanya kepada anda. Antaranya, adakah dia tiba-tiba
berubah tingkahlaku ketika berada di samping anda?
Kalau biasa-biasa buat muka cool, tapi apabila dekat dengan anda dia
buat muka yang lebih ‘friendly’ dan romantik. Kalau biasa-biasa dia
pakai selekeh tapi apabila berjumpa dengan anda dia memakai pakaian
bergaya dan wangian menusuk kalbu.
Adakah ini bermakna dia menagih perhatian anda? Ketahuilah bahawa bukan
senang lelaki nak buat benda-benda macam ni. Ini bermakna dia berusaha
keras untuk menunjukkan sayang dan penghargaannya kepada anda.
2. Dia Asyik Curi Pandang Anda
Pernahkah ketika anda sedang khusyuk melakukan sesuatu, jauh di sudut
mata anda perasaan si dia tengah memerhatikan anda? Kemudian ketika anda
menoleh, dia pura-pura menoleh ke arah lain? Ini bermakna dia menyukai
anda dan tidak dapat menipu diri sendiri bahawa dia mencintai anda.
3. Dia Adalah Pahlawan Sejati Anda
Ketika anda dilanda masalah, ada je dia muncul entah dari mana membantu.
Tayar kereta anda pancit, tidak sampai 5 minit dia tiba membantu.
Dia buka pintu untuk anda, tarik kerusi anda ( macam drama sikit2-sikit
lah :) ). Lelaki yang melakukan perkara ‘respectful’ sebegini kepada
wanita hanya ada satu sebab sahaja – CINTA.
4. Dia Berkawan Dengan Kawan Anda
Si dia tahu bahawa rakan-rakan dan keluarga di sekeliling anda adalah
orang yang penting dalam hidup anda. Dia cuba berkawan dengan rakan
anda. Lelaki yang tidak kisah untuk mengenali atau berkawan dengan
orang-orang penting dalam hidup anda adalah lelaki yang berdusta dan
bersandiwara mencintai anda.
5. Dia Jujur Kepada Anda
Lelaki yang benar-benar mencintai anda akan jujur dan ikhlas berkongsi
apa yang tersirat di hatinya kepada anda. Tak kira masalah peribadi atau
kerja, dia akan bercerita kepada anda seperti anda sahabat karibnya.
Lelaki yang berdusta hanya melemparkan kata pujian palsu dan dusta
semata-semata.
No comments:
Post a Comment