(-_-)
Apabila suami dapat, maka isterinya pun dapat
sama, tetapi bila si isteri yang dapat, si suami tak mendapat sama.
Apakah perkara itu?
Jawapan: Gelaran Dato, Bila Suami mendapat gelaran Dato, Isteri akan
dapat gelaran Datin, Tetapi bila Isteri mendapat gelaran Dato, suami
tidak mendapat sama.
Jika sebatang pokok dipotong akan menjadi
semakin rendah, apakah bendanya yang semakin dipotong semakin menjadi
tinggi?
Jawapan:Seluar panjang. Bila dipotong ianya akan semakin tinggi.
Tulang seperti ikan, jinjang seperti zirafah.
Kadang di atas, kadang di bawah. Kalau salah kedudukan boleh kabur
pandangan, kurang pendengaran.
Jawapan: Antena TV. Kadang orang pasang kat atas bumbung, kadang
pacak jer kat tanah, kalau kedudukan tak betul, gambar pun kabur, suara
pun tak ada….
Bila makan pisang, buang kulit, tapi kalau makan kulit, buang apa?
Jawapan: Buang tebiat
Batang apa berlubang-lubang, Tirus di atas di
bawah Kembang, Terkadang tegak terkadang tumbang, celaka benar kalau
ditebang.
Jawapan: Batang hidung engkaulah!
Pak Ali ada sebuah ladang, tetapi dia nak
tanam 2 jenis pokok iaitu getah dengan koko. Untuk memenuhi cita-citanya
dia pun tanamlah pokok getah separuh dan pokok koko separuh, Soalannya
pokok apa tumbuh dulu?
Jawapan: Dua-dua tak tumbuh, sebab dia tanam separuh je. Hehehe!!
Ada seorang wanita yang sarat mengandung dan
nak bersalin, lalu suami dia bawa isteri tu ke hospital. Dia melalui
ladang kopi dan lombong bijih timah. Lepas anak dia lahir, dinamakan
Fatimah. Kenapa ?
Jawapan: Sebab anak dia tu perempuan
Negara apa yang banjir dulu lepas tu baru hujan?
Jawapan: Bahrain – bah tu banjir, ‘rain’ tu hujan…
Kalau kancil dengan rusa berlaga, siapa yang akan mati?
Jawapan: Pemandunya lah yang mati…… kalau kereta kancil dengan rusa berlanggar….mati lah orang tu, kan-kan?
Kenapa ayam lepas minum dia dongakkan kepala.kalau makan tak pulak?
Jawapan: Sebab dia fikir nak buang air kecil tak boleh-boleh.
Mula-mula aku buka baju, lepas tu aku sapu
bedak, setelah badanku disapu bedak, aku pun terjun kedalam tasik. Lalu
aku mandi. setelah selesai mandi, aku pun naik dari tasik. Siapakah aku?
Jawapan: Pisang Goreng
No comments:
Post a Comment