Koleksi teka teki...
Burung apakah yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?
Jawapan: Penguin
Gajah lalu titi patah, lepas tu kambing pula lalu. Apa yang patah pulak?
Jawapan: PATAH BALIK laaa, benggang pasal titi tu dah patah.
Lima pasang stokin direndam di dalam laut
merah. Setiap pasang stokin itu berwarna putih, hijau, biru, kuning dan
hitam. Apa akan terjadi kepada semua stokin tersebut?
Jawapan: Stokin tu basah lah….
Dalam banyak-banyak cecair, cecair apakah yang akan menjadi beku apabila dipanaskan?
Jawapan: Telur
Dalam banyak-banyak kuih, kuih apakah yang orang makan tepinya sahaja? Tengahnya tidak dimakan.
Jawapan: Kuih Donut
Apa tiga jenis buah yang terselamat dalam kebakaran disebuah kedai?
Jawapan: Buah keranji sebab dalam perahu, pisang emas sebab dibawa
belayar dan buah cempedak sebab diluar pagar.(berdasarkan pantun melayu)
Apabila ditarik yang diatas gembira dan yang di bawah merana. Apakah ia?
Jawapan: Pengail yang dapat ikan.
Aku berjalan di tepi pantai, diatas pasir
tanpa mencecah air. Bila ku toleh kebelakang, tiada kesan tapak kakiku.
Kenapa?
Jawapan: Aku berjalan secara mengundur!
Seekor lembu menghadap utara, kemudian pusing
kekanan 180 darjah, kemudian 270 darjah kekiri. Kearah mana lembu itu
menghadap sekarang?
Jawapan: Kebawah! Ia masih tetap menghadap ke bawah dan memakan rumput.
No comments:
Post a Comment